Berita UtamaDunia

Makin kejam! Zionis dibenar tembak rakyat Palestin baling batu

Peraturan turut terpakai di sempadan Mesir

TEL AVIV, 15 Jamadilawal 1443H, Isnin – Negara pengganas Israel mengeluarkan peraturan yang membenarkan tentera melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang membaling batu dan melarikan diri.

Menurut Penyiar Awam Israel, Kan, peraturan baharu itu memberi pendudukan haram hak untuk menembak rakyat Palestin yang membaling batu walaupun mereka melarikan diri.

Kan berkata, peraturan itu turut terpakai di sempadan Mesir, yang dikaitkan dengan penyeludupan rentas sempadan.

Peraturan itu juga membenarkan askar pendudukan Israel menembak warga Palestin yang mengambil peluru hidup dan senjata, lapor laman web berita Walla.

“Ia amat relevan, kerana 70 peratus daripada semua tembakan jenayah di Israel dilakukan dengan senjata tentera curi,” dakwa Walla. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button