Berita Utama

Banjir: Doa Gaza untuk Malaysia

'Mereka mendoakan kalian apabila mendengar bahawa kalian diuji'

GAZA, 16 Jamadilawal 1443H, Selasa – Bencana banjir yang melanda negara mendapat perhatian dalam kalangan saudara Islam di Gaza, Palestin yang mendoakan agar ujian dihadapi rakyat Malaysia diringankan.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Katanya, jemaah di Masjid Baghdad, Kem Pelarian As-Syati, di sini telah mengadakan solat hajat khusus bagi mendoakan mangsa banjir di Malaysia.

“Mereka sangat menghargainya bila kalian menyumbang dan mendoakan mereka tatkala mereka diperangi dan dizalimi.

“Sebab itu mereka mendoakan kalian apabila mendengar bahawa kalian pula sedang diuji,” katanya.

Muhammad Nadir berkata, solat hajat dan doa telah diimamkan oleh Syeikh Saqr Zaim.

“Semoga doa mereka di bumi berkat ini meringankan beban kalian,” katanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button