Berita Utama

JMG kenal pasti 122 cerun kritikal di seluruh negara

Berisiko tinggi berlaku runtuhan terutama musim tengkujuh

MERBOK, 16 Jamadilawal 1443H, Selasa – Sebanyak 122 daripada 220 cerun kritikal dikenal pasti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) di seluruh negara serta berisiko tinggi berlaku runtuhan ketika musim tengkujuh.

Ketua Pengarah JMG, Hisamuddin Termidi berkata, kesemua cerun tersebut dalam pemantauan dan sebahagiannya berada dalam kawasan penempatan penduduk.

“Antara kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi ialah Jalan Genting Peras – Kuala Klawang, Jalan Sungai Tekali-Hulu Langat dan kawasan Sungai Penchala.

“Sungai Penchala antara paling teruk berlaku tanah runtuh baru-baru ini menyebabkan banyak kemusnahan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian, hari ini.

Hisamuddin menjelaskan, selain pemantauan, sistem amaran awal akan dipasang di kawasan berisiko tinggi sebagai persediaan.

JMG kini mendapat kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menempatkan sistem amaran awal (EWS) menggunakan peralatan dan teknologi dari Jepun.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button