Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

MP Hulu Langat dikecam, rakyat ditimpa musibah, wakil rakyat sibuk tawan gunung

'Muat naik gambar tak kena masa...tengok dulu keadaan rakyat'

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 16 Jamadilawal 1443H, Selasa – Mengecewakan! Tatkala penduduk Hulu Langat terperangkap akibat banjir malah terpaksa berlindung lebih 24 jam atas bumbung, wakil rakyat yang diharap-harapkan tidak kunjung tiba.

Demikian luahan rata-rata pengguna media sosial – mewakili mangsa yang sehingga kini masih berdepan dengan bencana banjir.

Warganet berang selepas melihat perkongsian Ahli Parlimen Hulu Langat, Hassanuddin Mohd Yunus – yang seolah-olah tidak sensitif dengan keadaan semasa penduduk apabila memuat naik gambar berada di ketinggian 5,000 kaki di Gunung Tochal di Iran pada 18 Disember lalu.

Namun, hantaran itu dipadam tidak lama kemudian dipercayai selepas dikecam teruk oleh pengguna media sosial.

Menurut kenyataan daripada Parti Amanah Negara (PAN), Hassanuddin berada di luar negara atas kapasiti tugasan beliau sebagai ahli Parliamentary Friendship Group, Parlimen Malaysia.

Biarpun apa alasan diberikan, tinjauan Ismaweb.net di media sosial mendapati, rata-rata netizen mengecam Ahli Parlimen Hulu Langat itu kerana tidak turun padang membantu penduduk yang dilanda bencana banjir.

Pengguna media sosial dikenali sebagai Znizam menyelar ketidakberadaan Hassanuddin di sisi rakyat dengan menyatakan Ahli Parlimen Hulu Langat lari daripada tanggungjawab.

“Antara wakil rakyat tak guna satu sen pun. Rakyat Hulu Langat menderita kerana banjir yang amat dahsyat.

“Diharap warga Hulu Langat sudah-sudah memilih wakil parti ini. Pergi Iran buat apa sana. Kecewa tengok orang macam ini,” kata Bentara Inderalismo.

Sindir Abu Gen: Tahniah YB PAN Hulu Langat, berjaya tawan gunung Iran di kala rakyat ditimpa musibah. Moralnya, sebelum muat naik gambar, tengoklah waktu sama.

Turut tidak ketinggalan ada yang mengesyorkan penduduk Hulu Langat ‘mengajar’ wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Panjat gunung juga penting boleh menyelamatkan negara tahu,” demikian sinis Rozi M Yusof

“Di Hulu Langat ini, baik dari DAP mahupun dari PAN. Dua-dua tak boleh pakai,” itu pula kata Kamar Zaman.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button