Berita UtamaDunia

AS benar Israel bekal gas kepada Lubnan

Beirut kekurangan bekalan elektrik yang teruk

WASHINGTON, 14 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Amerika Syarikat (AS) membenarkan negara haram Israel membekalkan gas kepada Lubnan melalui Jordan, lapor media. 

Saluran 12 Israel berkata, perjanjian telah dicapai antara Washington dan Tel Aviv untuk membekalkan gas Israel dari medan luar pesisir Leviathan melalui Jordan.  

Dari sana, gas akan dipindahkan ke Syria dan ke Lubnan.

Barru-baru ini, AS telah menarik sokongan terhadap saluran paip EastMed – saluran paip yang dicadangkan untuk menjual gas Israel dari medan Leviathan ke Eropah, melalui Greece dan Cyprus.

Perjanjian itu diuruskan oleh Amos Hochstein, utusan khas AS dan penyelaras bagi hal ehwal tenaga antarabangsa, dan diluluskan oleh Presiden Russia Vladimir Putin.

Tiada ulasan lanjut daripada pihak berkuasa Israel atau Lubnan mengenai tuntutan itu.

Media Israel berkata, saluran yang mengalirkan gas dari Syria ke Lubnan masih perlu dibaiki sebelum membekalkan gas ke Beirut.

Lubnan mengalami kekurangan bekalan elektrik yang teruk kerana bahan api tidak mencukupi untuk penjanaan kuasa, di samping kenaikan mendadak dalam harga derivatif akibat kejatuhan lira, dan kekurangan pertukaran asing yang diperlukan untuk import.

Pada September tahun lalu, Menteri Tenaga dan Minyak Jordan, Mesir, Syria, dan Lubnan bersetuju dengan peta jalan untuk membekalkan Beirut gas Mesir bagi menyelesaikan krisis tenaga negara itu.

Jordan dan Syria disambungkan dengan elektrik melalui talian penghantaran 400 kV sejak 2001, tetapi tidak beroperasi sejak 2012 atas sebab teknikal.

Sementara itu, Syria mempunyai talian sambungan dengan Lubnan dengan talian penghantaran 400 kV, 230 kV, dan 66 kV. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button