Berita Utama

Banjir: Paras air di Taman Sri Muda semakin surut

Proses mengepam air keluar dari kawasan banjir berjalan lancar walau hujan lebat

SHAH ALAM, 17 Jamadilawal 1443H, Rabu – Proses mengepam air keluar dari kawasan banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, berjalan lancar walaupun hujan lebat melanda sekitar Shah Alam awal pagi tadi.

“Pagi tadi dah surut juga walaupun hujan jam 4 pagi,” kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim secara ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, demikian bagi mengulas perkembangan proses menyedut air bah di kawasan tersebut yang bermula sejak awal pagi semalam.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latif Ahmad memaklumkan, lebih 80 peratus air banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam telah disedut keluar dan dilepaskan ke Sungai Klang.

“Jika 80 peratus boleh selesai dalam 17 jam dan baki 20 peratus lagi ikut logik esok pagi boleh diselesaikan jika tidak hujan,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button