Berita UtamaIstimewa

DAP mungkin hilang dari radar selepas PRU15, dakwa bekas ahli

Negara punah 22 bulan, rakyat sudah serik

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 17 Jamadilawal 1443H, Rabu – Tidak mustahil parti tamak haloba DAP akan terus hilang daripada radar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini susulan DAP gagal mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bahkan hanya mampu meraih dua kerusi daripada 26 kerusi yang ditandingi pada PRN Sarawak baru-baru ini.

Pun begitu, kegagalan DAP bukan perkara mengejutkan kerana rakyat sudah serik dengan kegagalan parti itu mentadbir negara yang sekadar bertahan selama 22 bulan.

Sepanjang tempoh itu, negara sepertinya punah dari pelbagai sudut termasuk ekonomi, kata bekas ahli DAP, Datuk Seri Ramesh Rao.

Atas sebab itu, beliau tidak pelik apabila DAP kalah dalam PRN Melaka dan Sarawak kerana baginya rakyat tidak mahu melalui perkara yang sama.

“Sebab itulah di Melaka dan Sarawak rakyat menolak DAP.

“Saya yakin PRU15 pun mungkin DAP akan hilang terus daripada radar dan mungkin Pulau Pinang juga mereka akan hilang,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Dalam pada itu, Ramesh yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin mendakwa bahawa DAP sanggup bekerjasama dengan sesiapapun demi kuasa.

Bahkan katanya, DAP umpama ‘membunuh diri’ apabila menjalinkan politik kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun bekas Perdana Menteri itu sering kali dikritik.

“Oleh itu, rakyat sudah sedar perjuangan DAP hanyalah untuk persendirian bukan untuk rakyat dan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button