Artikel Khas

Isu hubungan sulit rakan setugas

Isu moraliti tidak harus dikesampingkan semata-mata kerana tugas dalam perkhidmatan lancar

MENYOROTI isu-isu banjir dan membantu NGO I-Medik dalam mempersiapkan misi-misi bantuan banjir menyebabkan saya bertangguh untuk memperkatakan perkara ini, yang melibatkan institusi kekeluargaan.

Saya berasa amat simpati kepada ibu muda yang berhadapan dengan isu pengkhianatan sang suami (kini bekas), ketidakjujuran dan pembohongan.

Betrayal is a serious problem.

Menyelami perasaan beliau memikirkan masa depannya dan anaknya yang masih kecil. Berada bersama-sama dalam fraterniti perubatan, saya boleh memahami kepenatan ibu muda yang on-call, terpaksa meninggalkan anak demi tugasan tetapi harus menempuh kemusnahan rumah tangga lantaran kecurangan si suami.

Dalam pelbagai pandangan, saya cenderung kepada pandangan Prof Madya Dr Yasmin Hanani.
——————–
Beliau mengatakan di negara maju memang ada peraturan jelas larangan perhubungan sesama rakan sekerja apatah lagi melibatkan skandal. Perkara ini juga jelas termaktub dalam peraturan di negara kita. Kakitangan awam juga tertakluk pada peraturan ini.

Soalannya; Adakah peraturan ini dikuatkuasakan?
Membuat hubungan dengan orang yang berkahwin adalah satu kesalahan Syariah apatah lagi jika membawa kepada penceraian.

Kesalahan tersebut diletak di bawah ENAKMEN 11 TAHUN 2013 – ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013 (BAHAGIAN V – KESALAHAN PELBAGAI).
——————–
Isu ini telah viral. Ada bukti yang telah didedahkan tetapi tersembunyi melalui pesanan menjaga aib suami yang tidak dihuraikan secara mendalam dengan melihat kronologi kes. Jika melihat hanya satu sisi, kita gagal mendalami isu yang lebih asas dalam menjaga isu kekeluargaan di abad 21 ini, iaitu hubungan ikhtilat di tempat kerja dalam bentuk sexting dan chexting (seperti yang terdapat rakaman telefon) yang seterusnya mendorong kepada perbuatan khalwat dan seperti yang disebut oleh bekas isteri, senggama (saya berterima kasih kepada beliau kerana dalam kemarahannya, beliau masih memilih perkataan yang lebih baik dalam menggambarkan perbuatan tidak bermoral tersebut).

Sehingga kini, tiada pengakuan daripada bekas suami dan rakan sekerjanya bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah ketika tuduhan itu dibuat (saya pasti pengakuan ini sesuatu yang mudah sebenarnya), maka saya tak pasti kita perlu berbaik sangka ke tahap mana?

Isu moraliti tidak harus dikesampingkan semata-mata kerana tugas dalam perkhidmatan lancar. Kerana itu Dr Yasmin Hanani bertanya, kenapa kita ada undang-undang tapi tidak dikuatkuasakan?

Ketika saya dalam pengajian PhD dahulu, salah seorang pelajar Sarjana Kulliyyah Perubatan terlibat dengan hubungan sulit dengan isteri orang, sehingga mempunyai anak. Beliau didakwa di mahkamah. Timbalan Dekan Pasca Siswazah menyimpan keratan-keratan akhbar dan akhirnya memutuskan pelajar tersebut ditamatkan pengajian kerana melanggar nilai-nilai murni UIA (ada termaktub dalam syarat-syarat pelajar tidak boleh melanggar undang-undang). Tidak timbul isu itu urusan peribadi beliau. Moraliti diambil kira.

Kita sewajarnya merasa gusar dengan kemungkinan-kemungkinan zina, khalwat dan penipuan dalam rumah tangga berleluasa.

Perkara ini mesti menjadi tema utama nasihat, jika tidak isu moraliti yang jelas menjadi kesalahan Syariah Seksyen 32, 33 dan 34 – “membuat hubungan dengan orang yang berkahwin adalah satu kesalahan Syariah apatah lagi jika membawa kepada penceraian” akan terpinggir dari tindakan undang-undang dan dari tema nasihat.

Bunga-bunga kepada perhubungan ikhtilat zaman moden seperti chexting, texting dan video calling dengan berbaring di atas katil, panggilan dibuat dari bilik tidur sesama lelaki dan perempuan bukan muhrim, pernah saya ulas di bawah di Radio Bernama.

Apakah chexting : the latest frontier in betrayal or so-called ‘emotional sex’ occurs when chatting becomes cheating, either online or through text messaging.

Apakah sextingact of sending sexual messages

https://www.facebook.com/bernamaradio/videos/261654851413837/

Jika undang-undang Syariah Seksyen 32, 33 dan 34 diambil tindakan, saya yakin kita dapat mengurangkan situasi wanita merasa tidak terbela dan kita tidak memisahkan soal moraliti dari perkhidmatan awam.

Dr Rafidah Hanim Mokhtar
WAFIQ

Artikel ini telah disiarkan terlebih dahulu di Facebook penulis.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button