Berita Utama

Jalan lama KL-Bentong ditutup sementara

Notis penutupan bermula 20 Disember hingga 19 Januari 2022

BANGI, 17 Jamadilawal 1443H, Rabu – Laluan Persekutuan Jalan Kuala Lumpur-Bentong (lama) ditutup sementara kepada semua trafik berikutan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong menerusi satu notis pemberitahuan memaklumkan bahawa penutupan yang bermula 20 Disember sehingga 19 Januari 2022 itu turut disebabkan runtuhan jalan di kawasan Lentang.

“Laluan Persekutuan FT068 Jalan Kuala Lumpur-Bentong (lama) ditutup sementara kepada semua trafik berikutan berlaku kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi serta runtuhan jalan (Seksyen 56.00, kawasan Lentang).

“Notis penutupan ini bermula dari 20 Disember 2021 jam 12 tengahari sehingga 19 Januari 2022. Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya.

Dalam notis berasingan, JKR Bentong turut memaklumkan laluan Persekutuan Jalan Karak-Sempadan Negeri Sembilan hanya dibuka kepada penduduk tempatan serta bantuan kecemasan atau bekalan makanan.

Katanya, ini kerana jalan berkenaan masih dalam keadaan bahaya disebabkan ketidakstabilan cerun dan dikhuatiri pokok tumbang serta keadaan tiang dan kabel-kabel elektrik yang belum dibaiki dengan sempurna.

“Penduduk tempatan yang menggunakan laluan tersebut dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi papan tanda trafik.

“Notis penutupan ini bermula dari 22 Disember 2021 (Rabu) berkuatkuasa jam 12 tengahari sehingga ke 21 Januari 2022. Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button