Uncategorized

Laluan Plaza Tol Shah Alam dibuka

Lorong tengah boleh dilalui, keadaan trafik terkawal

BANGI, 17 Jamadilawal 1443H, Rabu – Lebuhraya Utara Selatan menghala masuk dan keluar ke Plaza Tol Shah Alam berhampiran Bukit Jelutong sudah mula boleh dilalui oleh pengguna.

Menerusi ciapan Plusline jam 10.44 pagi ini, laluan lorong tengah lebuh raya terbabit telah dibuka dengan keadaan aliran trafik dikatakan terkawal.

“Pukul 10.44 pagi, status terkini lorong tengah telah dibuka. Trafik terkawal. Pandu cermat,” katanya.

Memetik Utusan Online, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis turut memaklumkan laluan lebuh raya terbabit telah dibuka untuk semua kenderaan.

Sebelum ini, plaza tol dan persimpangan Shah Alam ditutup berikutan banjir kilat yang berlaku pada Sabtu lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button