Berita Utama

Penyelarasan banjir lemah, penilaian segera perlu dilakukan

Sehingga kini belum tahu jumlah mangsa terjejas, terkandas

SHAH ALAM, 17 Jamadilawal 1443H, Rabu – Kelemahan penyelarasan di kawasan yang terjejas teruk akibat banjir memerlukan penilaian semula, kata aktivis kemanusiaan,Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

“Koordinasi yang menjadi perkara yang sangat penting tiada. Jadi, saya tidak boleh menyalahkan penderma ikhlas yang hanya ingin membantu.

“Penilaian segera diperlukan. Sehingga kini, kita tidak tahu berapa ramai yang terjejas dan berapa ramai yang terkandas,” katanya di laman Instagram.

Dr Jemilah turut membuat sindiran kepada ahli politik dengan berkata,” Jika anda boleh memuatkan seseorang dalam bot anda dengan jurukamera dan bukannya orang yang terjejas, maka keutamaan anda semua salah.

Dr Jemilah ialah pengasas Mercy Malaysia dan ahli Pasukan Penilaian dan Penyelarasan Bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang berpengalaman dalam menyelaras dan mengurus bencana global.

Dr Jemilah berkata, kawasan yang terjejas masih tidak mempunyai bekalan elektrik atau isyarat telefon, dan menggesa penilaian manual di lapangan.

“Saya telah pergi ke kawasan terjejas dan pusat pemindahan sejak beberapa hari ini.

“Kerja menakjubkan oleh sukarelawan, baik dari organisasi mahupun kumpulan yang dianjurkan sendiri,” katanya.

Dr Jemilah juga menegaskan bahawa kerja-kerja mencari dan menyelamat memerlukan pengetahuan dan pengalaman, dengan mengatakan ramai yang tidak memakai jaket keselamatan dan tidak memberinya kepada mangsa yang diselamatkan itu.

Beliau juga berkata, terdapat juga banyak makanan dihantar ke pusat-pusat tersebut dan banyak yang telah dibazirkan.

“Kalau nak hantar makanan, hantar keropok dalam tin dan makanan kering.  Sukar untuk memasak nasi apabila anda berada di pusat pemindahan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button