Berita UtamaDunia

PM Sudan letak jawatan?

Abdalla Hamdok hanya kekal jika dapat sokongan politik

KHARTOUM, 17 Jamadilawal 1443H, Rabu – Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok memberitahu sekumpulan tokoh politik dan intelektual negara bahawa beliau berhasrat untuk meletakkan jawatan.

Menurut Reuters, sumber yang rapat dengan Hamdok berkata, sebelum ini beliau hanya akan kekal memegang jawatan sekiranya mendapat sokongan politik dan jika perjanjian itu dikuatkuasakan.

Ia menggesa tentera membebaskan tahanan politik, melindungi kebebasan bersuara dan membenarkan Hamdok melantik Kabinet baharu secara bebas.

“Kumpulan yang bercakap dengan Hamdok pada Selasa meminta beliau untuk kekal dalam kedudukannya tetapi Perdana Menteri menegaskan beliau akan meninggalkan jawatannya,” kata sumber.

Hamdok dilantik semula pada 21 November lepas berikutan rampasan kuasa sebulan sebelumnya yang menyaksikan tentera mengambil alih kuasa dan menamatkan perkongsian peralihan dengan parti politik.

Walaupun beberapa kuasa politik mengambil bahagian dalam merangka perjanjian itu, menurut sumber, ia telah menghadapi kritikan meluas daripada parti dan masyarakat umum.

Sabtu lepas, ratusan ribu orang berarak di istana presiden menolak kedua-dua pemerintahan tentera dan keputusan Hamdok untuk kembali, yang katanya diambilnya untuk mengekalkan keuntungan yang diperoleh semasa peralihan dan menamatkan pertumpahan darah.

Kira-kira 47 orang maut dalam tindakan keras terhadap bantahan ke atas pemerintahan tentera, termasuk dua akibat bantahan pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan pada hujung minggu, Hamdok berkata, Sudan sedang menuju ke arah ‘jurang’ menyalahkan sikap tidak tegas politik dan kekurangan konsensus dalam perjanjian politik baharu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button