Dunia

Banjir: Presiden Moldova sampai rasa simpati kepada Malaysia

Malaysia dengan Moldova telah terjalin pada 1993

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilawal 1443H, Khamis – Presiden Republik Moldova Maia Sandu menyampaikan rasa simpati kepada Malaysia berikutan bencana banjir yang melanda negara pada masa ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest, Romania dalam kenyataan memaklumkan Sandu menyampaikan rasa simpati tersebut selepas Duta Besar Malaysia ke Romania Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin yang turut ditauliahkan serentak ke Moldova menyerahkan watikah pelantikan kepada presiden republik itu di Chisinau, Moldova.

“Beliau (Sandu) telah menekankan keperluan untuk memanfaatkan peluang ekonomi dan perdagangan baharu yang dibuka hasil daripada perkembangan global.

“Beliau juga memajukan cadangan untuk meneliti draf perjanjian antara Malaysian dengan Moldova yang akan bermanfaat kepada kedua-dua negara dan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Tengku Sirajuzzaman akan terus meneroka cara untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Moldova telah terjalin pada 1993 dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest, Romania ditauliahkan serentak ke Republik Moldova. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button