Berita Utama

Jumlah kes Omicron di Jepun meningkat kepada 160

Sebanyak 75 kes baharu dikesan pada hari Rabu

TOKYO, 18 Jamadilawal 1443H, Khamis – Seramai 75 orang di Jepun telah dikenal pasti dijangkiti Omicron pada Rabu, jumlah jangkitan harian tertinggi sekali gus menjadikan jumlah kes melibatkan varian baharu COVID-19 itu meningkat kepada 160 orang.

Daripada 75 itu seramai 68 berusia 70-an atau lebih muda, diuji positif menerusi ujian saringan di pusat pemeriksaan kuarantin lapangan terbang selepas tiba dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika lapor Jiji Press.

Tujuh yang lain ialah empat kes dikesan di Osaka, dua di Okinawa dan seorang pegawai kuarantin lapangan terbang.

Sementara itu, 262 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara pada Rabu dengan dua kematian, masing-masing satu di Tokyo dan Kanagawa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button