Berita Utama

Mangsa banjir di Pahang akan terima sumbangan khas RM500

Individu layak terima bantuan di bawah 4 kategori

KUANTAN, 18 Jamadilawal 1443H, Khamis – Kerajaan Pahang akan menyampaikan bantuan wang tunai khas RM500 kepada setiap isi rumah yang terjejas banjir di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia sama seperti bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir di negeri ini tahun lepas.

Beliau berkata, mereka yang layak menerima bantuan itu akan diklasifikasikan di bawah empat kategori.

Kategori itu adalah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan; mereka yang tidak pergi ke pusat pemindahan tetapi tinggal di rumah saudara; mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mereka yang memutuskan untuk tidak berpindah.

“Selain menunjukkan keprihatinan, kerajaan negeri membuat sumbangan ini berdasarkan keupayaan dan kemampuan kewangan.

“Sumbangan RM500 ini difikirkan wajar bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung (mangsa),” kata Wan Rosdy.

Pusat Kawalan Bencana Negara melaporkan pada masa ini terdapat 33,415 mangsa banjir daripada 9,507 keluarga di pusat pemindahan di sembilan daerah di Pahang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button