Berita UtamaDunia

Turki, Qatar setuju pulihkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul

Memorandum persefahaman antara kedua negara telah ditandatangani

DOHA, 19 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Turki dan Qatar bersetuju bekerjasama bagi memastikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul di Afghanistan kembali beroperasi, kata sumber diplomatik kepada Anadolu Agensi.

Selepas perbincangan antara jawatankuasa dari kedua-dua negara, memorandum persefahaman antara Turki dan syarikat dari Qatar telah ditandatangani atas dasar perkongsian sama.

Menurut sumber, perjanjian berkenaan dilakukan ketika Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu melawat Doha, awal bulan ini.

Satu jawatankuasa daripada pegawai Turki dan Qatar akan mengadakan lawatan ke Kabul bagi membincangkan perjanjian tersebut dengan kerajaan sementara Taliban.

Sebelum ini, operasi penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul ditanguhkan selepas Taliban mengambil alih pentadbiran negara tersebut, Ogos lalu.

Malah, tentera Amerika Syarikat (AS) telah memusnahkan peralatan dan sistem radar di lapangan terbang tersebut sebelum meninggalkan negara berkenaan.

Selepas pengunduran tentera AS, Taliban menyatakan kesediaan untuk mengambil alih operasi lapangan terbang Kabul selepas semua tentera asing meninggalkan negara.

Bagaimanapun usaha berkenaan gagal berikutan banyak kerosakan dilaporkan menyebabkan operasi lapangan terbang terpaksa ditangguhkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button