Berita UtamaDunia

32 maut feri terbakar di Bangladesh

Berpunca daripada api di bilik enjin sebelum merebak

DHAKA, 19 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 32 maut apabila sebuah feri terbakar di selatan Bangladesh.

Insiden berlaku awal pagi tadi berhampiran pekan luar bandar selatan Jhalokati, kira-kira 250 kilometer (km) di selatan ibu negara, Dhaka.

Feri itu membawa kira-kira 500 penumpang.

“Feri tiga tingkat itu, Obhijan 10 terbakar di tengah-tengah sungai.

“Kami telah menemui 32 mayat. Angka kematian mungkin meningkat.

“Kebanyakan mangsa maut akibat kebakaran dan beberapa lagi lemas selepas mereka terjun ke dalam sungai,” kata ketua polis tempatan, Moinul Islam kepada agensi berita AFP.

Islam berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada api yang tercetus di bilik enjin dan kemudian merebak ke seluruh feri yang penuh sesak dengan penumpang dari Dhaka.

“Kami telah menghantar kira-kira 100 mangsa yang mengalami kecederaan melecur ke hospital di Barishal,” katanya.

Kemalangan itu adalah nahas terkini dalam pelbagai insiden seumpamanya yang dilaporkan di negara delta memiliki banyak sungai ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button