Berita Utama

Rina Harun positif COVID-19

Mohon maaf jika timbulkan apa jua keresahan kepada semua

KUALA LUMPUR, 27 Jamadilawal 1442H, Isnin – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan pejabat beliau hari ini, Rina memperoleh keputusan ujian saringannya malam tadi selepas menjalani ujian tersebut di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam.

Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada 11 pagi tadi untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut.

“Beliau memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat.

“Beliau juga akan pastikan semasa ketiadaannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian kementerian akan tetap berjalan seperti biasa,” demikian menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button