Berita UtamaDunia

OIC kecam serangan berterusan pelampau Israel di Palestin

Masyarakat antarabangsa digesa campur tangan hentikan jenayah kejam

BAITULMAQDIS, 19 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya peningkatan serangan oleh pelampau Israel terhadap rakyat Palestin.

OIC dalam satu kenyataan menyifatkan, pencerobohan Israel sebagai pelanggaran nyata terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta perjanjian yang memerlukan penyiasatan dan akauntabiliti.

Pertubuhan antarabangsa itu menganggap Israel bertanggungjawab atas pelanggaran berulang dan jenayah terhadap rakyat Palestin, justeru menggesa masyarakat antarabangsa segera campur tangan menghentikan jenayah kejam negara pengganas itu.

OIC juga meminta untuk menyediakan perlindungan antarabangsa bagi rakyat Palestin.

Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) di wilayah Palestin mendokumenkan 287 insiden dan serangan oleh peneroka haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Dilaporkan harta benda rakyat Palestin rosak dari awal tahun ini hingga akhir Oktober.

Anggaran Israel dan Palestin menunjukkan kira-kira 650,000 peneroka di penempatan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis yang diduduki, yang tinggal di 164 penempatan dan 116 pos.

Undang-undang antarabangsa menganggap kedua-dua Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sebagai wilayah yang diduduki dan menganggap semua aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di sana tidak sah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button