Berita Utama

Solat hajat selepas Jumaat di masjid, surau Selangor

Mohon keselamatan, perlindungan dari wabak dan musibah

BANGI, 19 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta semua masjid serta surau di negeri itu melaksanakan solat hajat dan munajat selepas solat Jumaat, hari ini.

Pengarah JAIS dalam kenyataan berkata, solat hajat itu khusus untuk memohon keselamatan dan perlindungan daripada wabak COVID-19 serta musibah banjir yang melanda negara termasuk negeri itu baru-baru ini.

“Menyedari penularan pandemik wabak COVID-19 yang belum berakhir dan beberapa negeri di Malaysia termasuk Selangor diuji dengan musibah banjir yang mengakibatkan kemusnahan harta benda, kemudahan awam dan meninggalkan trauma kepada mangsa-mangsa banjir terbabit.

“Sehubungan itu, semua pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di negeri Selangor dimohon melaksanakan solat hajat dan munajat selepas mendirikan solat Fardhu Jumaat pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu adalah untuk memohon pertolongan Allah SWT supaya negeri dan negara terus dijauhkan daripada ancaman wabak dan musibah.

Selain itu, kita memohon semua mangsa-mangsa banjir diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi bencana berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button