Berita UtamaDunia

Taufan Rai: PBB kumpul AS$6 juta bantu rakyat Filipina

530,000 penduduk terjejas perlukan akses kesihatan, makanan

NEW YORK, 19 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan kempen mengumpul dana sebanyak AS$6.5 juta bagi meringankan beban mangsa Taufan Rai yang melanda Filipina, minggu lalu.

Koordinator PBB di Manila, Gustavo Gonzalez berkata, pihaknya akan melancarkan kempen bermula hari ini di peringkat tempatan bersama wakil-wakil antarabangsa.

“Kesemuanya mengkhususkan kepada keperluan kemanusiaan dan perancangan utama penduduk negara tersebut.

“Kita menyasarkan untuk mengumpul sebanyak AS$6.5 juta dana akan disalurkan terus kepada penduduk,” katanya.

Menerusi dana berkenaan dijangka dapat membantu 530,000 penduduk yang terjejas teruk.

“Mereka kini terdesak kepada akses minuman, logistik kesihatan dan kemudahan sanitasi,” katanya.

Taufan Rai yang membadai beberapa kawasan di Filipina terutama di selatan dan tengah negara berkenaan telah memusnahkan harta benda.

Sehingga kini, 375 individu dilaporkan terkorban manakala ribuan berdepan kesan trauma akibat badai kuat melanda negara tersebut.

Taufan kuat itu turut memusnahkan kediaman-kediaman penduduk dan pelbagai harta benda lain, sekali gus menyebabkan bekalan elektrik di beberapa kawasan terpaksa dihentikan atas dasar keselamatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button