Berita Utama

Bayaran balik pinjaman PTPTN ditangguh untuk mangsa banjir

Permohonan boleh dikemuka mulai 28 Disember hingga 31 Mac 2022

BANGI, 20 Jamadilawal 1443H, Sabtu – Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan banjir.

Ini berikutan, bencana banjir yang melanda negara mengakibatkan kemusnahan harta benda kepada mereka yang terlibat termasuk peminjam PTPTN.

Sehubungan itu, peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan kepada PTPTN bermula 28 Disember hingga 31 Mac 2022, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.

“Butiran lanjut mengenai pelaksanaannya akan diumumkan oleh PTPTN.

“Keputusan ini diambil selari dengan aspirasi kerajaan hari ini yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia dalam saat yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Noraini berharap langkah pemberian penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN itu dapat meringankan beban peminjam yang terkesan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button