Artikel Khas

Ultra kiasu semakin takut dengan fenomena Mat Kilau

Pembesar, kaum kerabat dan pejuang bangsa mesti tampil terbitkan banyak lagi filem nasionalisme Melayu dan Raja-Raja Melayu untuk pastikan terus kekal relevan

ULTRA kiasu semakin tertekan dengan fenomena Mat Kilau. Mahu tidak mahu, ultra kiasu terpaksa bertindak dengan melakukan beberapa perkara.

Pertama, oleh kerana Mat Kilau sudah menjadi fenomena anak muda, ultra kiasu terpaksa berpura-pura bersetuju dengan Mat Kilau, bagi tujuan menarik undi mereka. Ultra kiasu terpaksa sponsor tiket anak muda kawasan mereka menonton Mat Kilau di panggung wayang meskipun mereka sendiri tidak mahu menontonnya.

Kedua, tertekan, kerana Mat Kilau adalah kebangkitan nasionalisme Melayu. Tidak ada kaitan langsung dengan kebangkitan nasionalisme bukan Melayu. Realiti yang ada, ultra kiasu pembelot.

Ultra kiasu mahu ‘pahlawan’ mereka turut diiktiraf.

Ultra kiasu tampil mempertahankan dengan berkata, “nonetheless, the nature of the anti-colonial struggle has shown that the contributions of the non-Malays, not only in the development of the country but also in the anti-colonial and anti-fascist wars from 1939 to 1957, were crucial to our nation’s independence”.

Kenapa 1939-1957? Kemana mereka sebelum 1939 sedangkan mereka sudah berada di Tanah Melayu?

Adakah kebangkitan menentang penjajah hanya bermula pada tahun 1939 kemudian berakhir apabila merdek apadatahun 1957. Adakah jangka masa itu sahaja selama 18 tahun menentang penjajah? Bagaimana dengan sebelum itu?

Kenapa tidak seorang pun bukan Melayu bangun menentang penjajah ketika kebangkitan semangaat nasionalisme Melayu? Begitu juga di Sabah dan Sarawak. Kenapa langsung tidak ada nama-nama bukan Melayu sebelum 1939?

Saya amat hairan begitu singkat sekali pemikiran ultra kiasu dalam usaha untuk membuktikan sumbangan mereka dalam kebangkitan nasionalisme menentang penjajah?

Bolehkah ultra kiasu namakan pahlawan-pahlawan mereka menentang penjajah sebelum 1939?

Kenapa ultra kiasu begitu ketara penentang mereka pada tahun 1939 ke atas. Menentang kependudukan Jepun.

Selepas 1939, ultra kiasu amat mengagung-agung MPAJA @ Parti Komunis Malaya yang kononnya menentang Jepun, mahu membebaskan Tanah Melayu. Walhal, sebenarnya bukan soal membebaskan Tanah Melayu, tetapi soal permusuhan antara Jepun-China kerana permusuhan berpanjangan dua negara sehingga membawa kepada peperangan.

Akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an, semua pejuang Melayu yang termaktub. Nama seperti Dol Said, Dato Maharajalela, Tok Gajah, Mat Kilau, Pandak Ali, Dato Bahaman, Yamtuan Antah, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan ramai lagi. Begitu juga di Sabah dan Sarawak, semuanya nama-nama Bumiputera, seperti Rentap, Antanum, Mat Salleh, Sharif Masahor dan lain-lain.

Apakah selepas ini ultra kiasu akan menerbitkan filem Yap Ah Loy selaku ‘pahlawan’?

Ultra kiasu mahu kita mengiktiraf sumbangan Komunis, baharu sejarah filem yang diterbitkan berwarna-warni.

Sebagaimana sejarah Cina di negara China, sejarah India di negara India. Sejarah Melayu atau Islam di Tanah Melayu. Bangsa asal yang paling banyak berkorban untuk negara tersebut, bukan bangsa mendatang.

Bangsa mendatang hanya mengambil kesempatan, melalui dasar pecah dan perintah penjajah. Mana mungkin imigran berani menentang penjajah British, kerana penjajah inilah juga yang menghantar mereka balik ke negara asal.

Sejarah mempertahankan tanah air dan sejarah mempertahankan kemerdekaan tanah bertuah ini, tidak banyak boleh dikaitkan dengan bukan-Melayu. Kaji balik sejarah, apabila kita dijajah, penjajah membawa masuk imigran-imigran Cina dan India, bersekali dengan buku teks mereka yang berorientasikan negara masing-masing. Sebab itulah, kenapa wujud sekolah Vernakular, terlalu berkait rapat dengan sejarah ini.

Tidak nafikan sumbangan orang Cina dalam aspek ekonomi. Bolehlah dicatatkan serba sedikit. Itupun disebabkan oleh polisi penjajah yang memisahkan mereka. Begitulah kebaikan orang Melayu yang melayan imigran dengan baik, turut menyumbang kepada kejayaan ekonomi Cina.

Jika ultra kiasu teruja sangat dengan sejarah antara 1939-1957, mari kita lihat, pejuang manakah yang paling banyak berkorban.

Dalam jangka masa tersebut, kita lihat kebangkitan Nasionalisme Melayu bagi menuntut kemerdekaan sebahagian besarnya digerakkan oleh tiga puak Nasionalis Melayu. Golongan kiri Melayu diwakili oleh Kesatuan Melayu Muda, yang dibentuk pada tahun 1938 oleh sekumpulan intelektual Melayu yang mendapat pendidikan daripada Kolej Latihan Sultan Idris, dengan kehebatan Melayu Raya.

Pada tahun 1945, mereka menyusun semula diri mereka ke dalam sebuah parti politik yang dikenali sebagai Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Manakala mereka yang berlatar belakangkan Islam, diwakili oleh Kaum Muda terdiri daripada ulamak-ulamak Timur Tengah dengan sentimen Pan-Islam. Parti politik Islam pertama adalah Partai Orang Muslimin Malaya (Hizbul Muslimin) yang ditubuh pada Mac 1948. Kemudian digantikan oleh Parti Islam Se-Malaya (PAS) pada tahun 1951.

Kumpulan ketiga Nasionalis Melayu terdiri daripada golongan elit Barat yang merupakan birokrat dan ahli keluarga diraja yang berkongsi pendidikan Inggeris, Kolej Melayu Kuala Kangsar. Mereka membentuk organisasi sukarela yang dikenali sebagai Persatuan Melayu di pelbagai bahagian negara dan matlamat utamanya adalah untuk memajukan kepentingan orang Melayu.

Pada Mac 1946, 41 persatuan Melayu membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), untuk menegaskan penguasaan Melayu terhadap Tanah Melayu. Kemuncak kepada kebangkitan Melayu adalah pada tahun 1946, apabila British memperkenalkan Malayan Union. Akibatnya, seluruh orang Melayu bangun menentang begitu mengejutkan British, sehingga terpaksa menarik balik Malayan Union. Ini seterusnya membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Cuba sebutkan nama-nama bukan-Melayu dalam kebangkitan menentang penjajah British bermula daripada kedatangan imigran sehingga selepas Malayan Union. Apa syarat-syarat Malayan Union? ‘Fair and square, bukan? Sama rata, sama rata. Mahu menghapuskan semua hak Melayu, Rajanya, Melayunya, dan memberi kerakyatan yang begitu longgar kepada bukan-Melayu.

Ditakdirkan Malayan Union tidak ditentang hebat oleh orang Melayu, sehingga dimansuhkan, sudah tentu landskap politik negara ini sudah berubah, kerana ketika itu bilangan bukan-Melayu sudah melebihi bilangan Melayu itu sendiri di tanah tumpah darahnya.

Kenapa ultra kiasu dan persatuan Sikh tidak tampil menceritakan kebenaran sejarah ini untuk difilemkan?

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button