Berita Utama

Palestin lapor 5 kes baharu varian Omicron

Jangkitan baharu dilaporkan di Tebing Barat yang diduduki

RAMALLAH, 20 Jamadilawal 1443H, Sabtu – Palestin merekodkan lima kes baharu COVID-19 varian Omicron pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, jurucakap kementerian Kamal Al-Shakhra, berkata jangkitan baharu itu dilaporkan di Tebing Barat yang diduduki.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kes varian Omicron di wilayah Palestin setakat ini adalah sebanyak 23.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin melaporkan tiga kes pertama varian baharu pada 23 Disember. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button