Dunia

Selepas Tebing Barat, Israel ‘buli’ Gaza pula!

Sengaja masuk sempadan musnahkan tanah ladang Palestin

GAZA, 20 Jamadilawal 1443H, Sabtu – Tentera pengganas Israel sengaja menyusup masuk ke sempadan Gaza – di sebelah timur bandar Beit Lahia – dan memusnahkan tanah ladang milik Palestin, menurut agensi berita WAFA.

Difahamkan, beberapa kereta kebal dan jentolak milik tentera Israel maju beberapa meter ke timur bandar, dan memusnahkan ladang strawberi sehingga menyebabkan kerugian besar ke atasnya.

14 tahun selepas ‘penyingkiran’ Israel dari Gaza, rejim itu sebenarnya masih tidak berpisah dengan wilayah terkepung berkenaan dan mengekalkan kawalan sempadan daratnya serta akses ke laut dan ruang udara.

Dua juta rakyat Palestin tinggal di Semenanjung Gaza yang telah dikenakan sekatan yang menghukum dan melumpuhkan selama 12 tahun, selain serangan berulang sehingga merosakkan banyak infrastruktur kawasan itu.

Penduduk Gaza kekal di bawah penjajahan ‘kawalan jauh’ dan kepungan ketat, yang memusnahkan ekonomi tempatan, menjerat mata pencarian sehingga menjerumus mereka ke dalam pengangguran serta kemiskinan.

Gaza kekal sebagai wilayah yang dijajah, kerana tidak mempunyai kawalan ke atas sempadan, perairan wilayah atau ruang udaranya.

Sementara itu, Israel bertanggungjawab sebagai kuasa penjajah yang gagal menyediakan keperluan asas orang awam Palestin yang tinggal di wilayah terbabit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button