Berita Utama

38 tanah runtuh termasuk 7 kritikal dikesan di Selangor

284 jalan masih ditutup akibat terjejas banjir

BANGI, 21 Jamadilawal 1443H, Ahad – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengenal pasti 38 kejadian tanah runtuh termasuk tujuh daripadanya adalah kritikal di Selangor.

Kawasan teruk tersebut ialah di Taman Nusa, Subang; Aparment Teratai, Selayang; Jalan Bunga Anggerik, Taman Dataran Ukay dan Jalan Melati 7, Taman Seri Melati.

Kampung Sepakat, Batu 16, Rawang; Jalan Haji Abdul Latif, Kampung Bukit Kapar dan Jalan 45B, Bukit D, Kampung Cheras Baru.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim dalam satu kenyataan memaklumkan, sehingga kini beberapa jalan utama masih ditutup berikutan terjejas akibat banjir.

“Sebanyak 284 jalan membabitkan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di seluruh Selangor terjejas akibat banjir.

“Enam Jalan Persekutuan di Petaling, Sepang, Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor masih ditutup termasuk lima Jalan Negeri di Kuala Selangor dan Hulu Langat,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button