Berita UtamaDunia

Taliban belum beri kata putus kepada Turki-Qatar

Rundingan diteruskan atas dasar kepentingan Afghanistan

KABUL, 21 Jamadilawal 1443H, Ahad – Kerajaan sementara Taliban menafikan perjanjian antara Qatar dan Turki dicapai bagi membolehkan dua negara itu bekerjasama mengendalikan semula lapangan terbang di Kabul.

Jurucakap Menteri Pengangkutan, Imamuddin Ahmaddin yang dipetik Tolo News memaklumkan, tiada persetujuan yang muktamad dicapai selepas rundingan daripada wakil dua negara tersebut bersama Taliban, Khamis lalu.

“Pasukan teknikal dari Turki dan Qatar datang ke Kabul Khamis lalu bagi membuat perbincangan dengan wakil Taliban.

“Bagaimanapun sehingga kini tiada keputusan muktamad lagi dan rundingan itu akan diteruskan dalam masa terdekat dan akan mencapai persetujuan berdasarkan kepentingan negara,” katanya.

Laporan Tolo News turut memetik penganalisis politik menyatakan, sekiranya Qatar dan Turki berjaya mengawal operasi lapangan terbang, penerbangan antarabangsa ke Kabul akan disambung semula.

Sebelum ini, agensi berita Turki, Anadolu melaporkan, kumpulan teknikal bersama akan bertemu Taliban bagi membentangkan butiran perancangan mereka mengendalikan lima lapangan terbang antarabangsa Afghanistan.

Afghanistan sehingga kini dilaporkan mempunyai kira-kira 24 lapangan terbang, kebanyakannya digunakan bagi penerbangan domestik. – Agensi

Pautan berkaitan:
https://ismaweb.net/2021/12/24/1turki-qatar-setuju-pulihkan-lapangan-terbang-antarabangsa-kabul/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button