Berita Utama

Banjir: Rebat 100 peratus bil elektrik Disember

72,000 pelanggan domestik akan terima manfaat

HULU LANGAT, 21 Jamadilawal 1443H, Ahad – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberikan rebat 100 peratus secara sekali beri (one-off) untuk bil elektrik bulan Disember kepada pelanggan domestik yang terjejas akibat banjir, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sejumlah 72,000 pelanggan domestik akan mendapat manfaat daripada rebat bil elektrik itu.

“Ini tidak melibatkan kilang, ini untuk rumah. Ini lanjutan daripada bantuan yang diberikan, jadi bil elektrik Disember diberi rebat.

 “…Saya juga meminta TNB membantu rumah B40 yang terjejas banjir apabila bekalan elektrik disambung semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat kawasan yang dilanda banjir di Hulu Langat termasuk di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, tempat kerja pembersihan sedang dijalankan, hari ini.

Beliau berkata, syarikat utiliti itu telah menjalankan pemeriksaan pendawaian percuma di rumah yang terjejas banjir di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur sejak Jumaat (24 Disember).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button