Berita Utama

IPD Shah Alam terima 9,938 laporan berkaitan banjir

Lebih 300 pegawai, anggota bantu masyarakat setempat

SHAH ALAM, 21 Jamadilawal 1443H, Ahad – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima 9,938 laporan berkaitan banjir membabitkan kawasan di bawah pentadbirannya setakat jam 8 malam tadi.

Jumlah berkenaan membabitkan mangsa banjir yang membuat laporan bagi memaklumkan kerosakan harta benda seperti peralatan rumah, kerosakan kereta ditenggelami air dan terkandas banjir menyebabkan tidak dapat hadir kerja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, setakat ini keadaan di Shah Alam terutama pekan Sri Muda Seksyen 25 bertambah baik berikutan cuaca terik dan keadaan jalan raya lancar dan boleh dilalui sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan.

“Kebanyakan warga Pekan Sri Muda dan lain-lain kawasan yang terjejas dengan banjir sedang melaksanakan kerja pembersihan di kawasan rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baharudin berkata, sebagai tanda tanggungjawab dan prihatin kepada masyarakat setempat, kira-kira 49 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 290 Pegawai Rendah Polis (PRP) turun padang.

Mereka terlibat dengan gotong-royong di Masjid Taman Sri Muda, Sekolah Kebangsaan Sri Muda 2 dan dua kawasan lagi bagi melakukan operasi pembersihan pasca banjir.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button