Berita UtamaDunia

Kereta api pertama dari Pakistan ke Turki mula operasi

Perjanjian Tehran dan Islamad dicapai untuk bangunkan ekonomi

TEHRAN, 21 Jamadilawal 1443H, AhadKereta api pertama daripada Pakistan ke Turki memulakan perjalanan laluan melintasi Iran, semalam.

Operasi dibuat selepas perjanjian antara Tehran dan Islamabad dicapai dalam usaha membangunkan kerjasama ekonomi, bulan lalu.

Penasihat kepada Perdana Menteri Pakistan bagi Perdagangan dan Pelaburan, Abdul Razak Dawood melakukan lawatan ke Tehran bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Iran-Pakistan ke-9, pada 17 November lalu.

Menteri pengangkutan dan Pembangunan Luar Bandar Iran, Rostam Ghasemi yang mengetuai delegasi Iran dalam mesyuarat tersebut menyifatkan kemudahan yang dilakukan dapat meningkatkan lagi hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Antara isu lain yang dibincangkan dalam pertemuan antara Iran dan Pakistan adalah laluan lori Pakistan yang melalui Iran ke Turki dan Eropah serta laluan lori Iran melalui Pakistan ke China.

Pakistan kini memerlukan laluan lori bagi memudahkan perjalanan, manakala Iran pula menyediakan kemudahan dengan tujuan membangunkan transit barangan dan perdagangan.

Mesyuarat turut membincangkan hasrat Iran untuk menyediakan landasan kereta api dari Pakistan melalui Tuki dan berakhir di Eropah.

Malah isu penerbangan antarabangsa melibatkan Iran dan Pakistan juga menjadi antara tumpuan utama dalam mesyuarat tersebut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button