Berita UtamaDunia

Rejim Israel tembak suka hati peserta protes di Tebing Barat

48 cedera akibat tembakan peluru getah

TEBING BARAT, 21 Jamadilawal 1443H, Ahad – Tentera negara pengganas Israel melepaskan tembakan dan mencederakan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin ketika protes di beberapa kampung di Tebing Barat yang diduduki.

Sumber perubatan Palestin berkata, puluhan lagi mengalami kecederaan akibat peluru getah dan terhidu gas pemedih mata ketika konfrontasi antara rakyat Palestin dan tentera Israel pada Sabtu.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 48 orang cedera ringan akibat tembakan peluru getah oleh rejim Zionis.

Penduduk beberapa kampung – antara bandar Nablus dan Jenin – terbabit dalam protes tatkala ketegangan yang semakin memuncak di tengah-tengah serangan berterusan dan gangguan oleh peneroka Israel yang tinggal di penempatan haram.

Pergolakan itu berterusan sejak 16 Disember sehingga tercetusnya insiden tembakan berhampiran penempatan Homesh, yang mengakibatkan kematian seorang daripada peneroka haram.

Pegawai tentera Israel berkata, mereka telah menahan beberapa lelaki Palestin dari utara Tebing Barat berhubung dengan tembakan itu.

Penduduk Palestin yang tinggal di perkampungan Burqa, berhampiran dengan pos pendatang Israel mengatakan, sejak insiden itu mereka telah menjadi sasaran peneroka, yang menceroboh harta dan tanah milik mereka.

Katanya, kubur di Tanah Perkuburan Burqa turut dirosakkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button