Berita UtamaDunia

Tong sampah unik di 60 sekolah Phnom Penh

Motivasi asingkan sisa serta promosi kesedaran alam sekitar

PHNOM PENH, 21 Jamadilawal 1443H, Ahad – Kementerian Alam Sekitar Kemboja telah menyediakan pelbagai jenis bentuk tong sampah unik kepada lebih 60 buah sekolah di seluruh negara itu.

Langkah itu sebagai motivasi kepada pelajar dan kakitangan sekolah supaya mengasingkan sampah secara tepat dan sekali gus mempromosi kesedaran alam sekitar bagi menjadikan bandar bersih dan cantik.

Idea unik tersebut dihasilkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kesatuan Persekutuan Belia Cambodia-Phnom Penh (UYFC-PP).

Timbalan Pengarah UYFC-PP, Sorn Bun Mean berkata, antara rekaan tong sampah unik yang direka adalah periuk tanah liat, yang dikenali masyarakat tempatan sebagai ‘Ka’am dan perangkap ikan yang dikenali ‘Angrut’.

Bun Mean menjelaskan, rekaan itu bukan sahaja boleh mempromosikan identiti dan kebudayaan kepada masyarakat luar selain meningkatkan kesedaran pengasingan sampah.

Malah katanya, langkah yang dibuat itu diyakini boleh mengurangkan beban tapak pelupusan sampah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button