Berita Utama

Keadaan sungai di 7 negeri terkawal

Hanya 6 kawasan di Pahang catat bacaan paras amaran

BANGI, 22 Jamadilawal 1443H, Isnin – Keadaan sungai di tujuh negeri masih terkawal, hanya sebahagian daripadanya mencatat bacaan paras waspada dan amaran.

Berdasarkan aplikasi MyPublic Infobanjir, enam kawasan sungai di Pahang mencecah bacaan paras amaran (jingga).

Kawasan berkenaan membabitkan Sungai Bera di Bera; Sungai Kundang di Maran; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; dan Sungai Pang di Paloh Inai, Pekan.

Di negeri sama, Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub, dan Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi, Bentong pula berada pada paras waspada (kuning).

Laporan sama turut mencatatkan status waspada di Punan Bah B, Belaga, Sarawak; Sungai Langat di TNB Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Keadaan sama turut berlaku di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan; Stesen Tapak Pengujian WPKL PRAB F2, Kuala Lumpur; dan Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin, Melaka.

Setakat jam 8 hingga 9 pagi tadi, tiada hujan direkodkan di kelima-lima sungai berkenaan.

Status sama juga direkodkan tiga sungai di Johor, iaitu Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak; Sungai Muar di Simpang 5 Darat, Tangkak; dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button