Berita Utama

Mangsa banjir jangan terpedaya tawaran Ah Long

Komited pantau, banteras kegiatan pinjaman wang tanpa lesen

BANGI, 22 Jamadilawal 1443H, Isnin – Semua mangsa banjir dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kepada sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ‘Ah Long’.

Walaupun tiada laporan diterima, polis tidak menolak kemungkinan bahawa sindiket itu mula menyasarkan mangsa banjir untuk menjadi peminjam.

Ini berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat beberapa individu dipercayai daripada sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long telah mula mendekati mangsa-mangsa banjir bagi menawarkan pinjaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihak polis sentiasa komited untuk memantau dan membanteras kegiatan Ah Long melalui siasatan serta operasi yang berterusan.

“Siasatan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, Kanun Keseksaan dan lain-lain akta yang berkaitan akan dilaksanakan sekiranya terdapat laporan berkait kegiatan jenayah ini.

“Orang ramai diminta untuk terus membantu pihak polis dengan memainkan peranan sebagai mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat aktiviti jenayah komersil kepada pihak polis melalui saluran CCID Scam Response Center di talian 03-26101559/03-26101599 atau melalui aplikasi Whatsapp CCID Infoline di talian 012-2111222 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button