Berita UtamaDunia

Ratusan penerbangan peringkat global dibatal kerana kurang kakitangan

Lebih 700 penerbangan AS dibatalkan semalam

NEW YORK, 22 Jamadilawal 1443H, Isnin – Ratusan penerbangan dibatalkan semalam susulan kesan pandemik COVID-19 yang menyebabkan syarikat kekurangan kakitangan.

Lebih 700 penerbangan masuk, keluar atau terbang di dalam Amerika Syarikat (AS) telah dibatalkan, menurut laman web penerbangan FlightAware.  

Angka itu turun daripada hampir 1,000 pada hari Sabtu dan lebih daripada 50 penerbangan telah dibatalkan hari ini.

Delta, United dan JetBlue telah menyalahkan varian Omicron atas kekurangan kakitangan yang memaksa pembatalan.

“Ini tidak dijangka,” kata jurucakap United, Maddie King mengenai kesan Omicron terhadap jumlah kakitangan bertugas.

Di peringkat global, syarikat penerbangan membatalkan kira-kira 2,200 penerbangan semalam, berkurang daripada lebih 2,800 daripada sehari sebelumnya. 

Bagaimanapun, laman web itu tidak menyatakan sebab penerbangan dibatalkan.

Syarikat penerbangan, JetBlue membatalkan 10 peratus penerbangannya, semalam. 

Delta pula membatalkan 5 peratus dan United membatalkan 4 peratus, menurut FlightAware. 

Ketiga-tiga syarikat penerbangan itu membatalkan lebih 10 peratus penerbangan yang dijadualkan pada hari Sabtu.

Jurucakap American Airlines, Derek Walls berkata, pembatalan Krismas berpunca daripada virus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button