Berita UtamaDunia

Wanita Afghanistan perlu ‘berteman’ jika keluar lebih 72km

Pengangkutan awam hanya dibenar kepada wanita berhijab saja

KABUL, 22 Jamadilawal 1443H, Isnin – Pihak berkuasa Afghanistan mengeluarkan peraturan baharu – di mana wanita yang mahu melakukan perjalanan jarak jauh perlu ditemani ahli keluarga lelaki terdekat.

Arahan itu dikuat kuasakan Kementerian Promosi Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, turut menggesa pengusaha kenderaan awam hanya menawarkan perkhidmatan kepada pengguna wanita berhijab sahaja.

Jurucakap kementerian, Sadeq Akif Muhajir berkata, wanita yang melakukan perjalanan melebihi 72 kilometer tidak boleh ditawarkan perkhidmatan kenderaan, sekiranya mereka tidak ditemani ahli keluarga lelaki terdekat.

Sambil menegaskan ahli keluarga berkenaan mestilah terdiri daripada keluarga rapat sahaja.

Langkah berkenaan menjadi tular di media sosial sehingga mendapat kecaman daripada penduduk antarabangsa.

Sebelum ini, kementerian sama meminta stesen televisyen tempatan menghentikan drama yang menonjolkan aksi pelakon wanita.

Kementerian sama turut mengarahkan wartawan yang membuat liputan berita diwajibkan memakai hijab sepanjang bertugas.

Sadeq turut memaklumkan pemakaian hijab adalah wajib kepada semua wanita ketika melakukan perjalanan jauh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button