Berita UtamaDunia

Angka korban Taufan Rai di Filipina kini 388 orang

60 lagi masih hilang, ratusan cedera

MANILA, 23 Jamadilawal 1443H, Selasa – Angka kematian akibat taufan paling dahsyat yang melanda Filipina dalam beberapa tahun kebelakangan ini meningkat kepada 388, kata kerajaan ketika wabak penyakit mengancam beberapa kawasan yang dilanda.

Taufan Rai melanda selatan dan tengah negara Asia pada 16 dan 17 Disember, menumbangkan talian elektrik dan pokok serta mengakibatkan banjir maut yang turut menyebabkan ratusan ribu kehilangan tempat tinggal.

Pejabat pertahanan awam di Manila meningkatkan jumlah kematian akibat Taufan Rai kepada 388 dengan 60 yang lain masih hilang dan ratusan lagi cedera.

Polis sebelum ini meletakkan angka kematian seramai 375 orang.

Pegawai pertahanan awam berkata, lebih empat juta orang menerima bantuan taufan di 430 bandar dan pekan – kira-kira 482,000 rumah rosak atau musnah.

Lebih 300,000 orang kekal di kem pemindahan, sementara lebih 200,000 yang lain berteduh di rumah saudara-mara atau rakan.

Beberapa mangsa yang terselamat menyamakan Taufan Rai seperti Taufan Super Haiyan – yang menyebabkan 7,300 orang maut atau hilang di seluruh Filipina tengah pada tahun 2013 dan kekal sebagai rekod paling mengerikan di negara itu.

Kepulauan itu secara purata dilanda 20 taufan setiap tahun.

Tatkala kerajaan bertungkus-lumus membawa makanan, air dan pakaian ke kawasan yang musnah, muncul ancaman baharu sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Sekurang-kurangnya 140 orang kesihatan terjejas akibat air yang disyaki tercemar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button