Berita UtamaDunia

Syria kecam hasrat Israel gandakan peneroka Yahudi di Bukit Golan

Tindakan negara pengganas berbahaya, tak pernah berlaku sebelum ini

BEIRUT, 23 Jamadilawal 1443H, Selasa – Syria mengecam hasrat negara haram Israel untuk menggandakan jumlah peneroka Yahudi di Bukit Golan yang ditawan dalam tempoh lima tahun.

Damsyik menyifatkan, tindakan sedemikian sebagai peningkatan berbahaya dan tidak pernah berlaku sebelum ini, lapor media Syria.

“Syria mengutuk sekeras-kerasnya peningkatan berbahaya dan tidak pernah berlaku sebelum ini oleh pihak berkuasa pendudukan Israel di Golan,” kata agensi berita SANA yang dikendalikan kerajaan.

Susulan itu katanya, Damsyik akan berusaha menggunakan semua cara yang ada secara sah untuk merebut semula wilayah itu.

Sementara itu, Menteri Luar, Faisal Mekdad menyifatkan langkah Israel terhadap Syria sebagai penjenayah dan berkata, mereka melanggar Resolusi 497 PBB 1981 yang mengisytiharkan pengilhakan berkesan Israel terhadap Golan sebagai batal dan tidak sah.

Ahad lalu, Kabinet Israel meluluskan pelan tindakan untuk membina kira-kira 7,300 unit rumah tambahan di bukit tinggi strategik itu dalam satu langkah yang boleh mengetatkan cengkamannya di wilayah berkenaan.

Israel kerap melancarkan serangan terhadap apa yang disifatkan sebagai sasaran Iran di Syria, di mana tentera yang disokong Tehran termasuk Hizbullah Lubnan ditempatkan sejak sedekad lalu untuk menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang Syria.

Negara pengganas Israel menguasai Dataran Tinggi Golan seluas 1,200 kilometer persegi (460 batu persegi) pada tahun 1981, tindakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Syria menuntut Bukit Golan dikembalikan, yang juga menghadap ke Lubnan dan sempadan Jordan. – Agensi

Pautan berkaitan:
https://ismaweb.net/2021/12/27/bennett-mahu-gandakan-penduduk-haram-yahudi-di-bukit-golan/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button