Dunia

Kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron di Indonesia

Tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara

JAKARTA, 23 Jamadilawal 1443H, Selasa – Kementerian kesihatan Indonesia mengesan kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron COVID-19 pada seorang lelaki berusia 37 tahun dari bandar Medan.

Lelaki itu dan isterinya, yang melawat Jakarta sebulan sekali, tiba di ibu negara pada 6 Disember dan berkunjung ke Pusat Beli-belah Ashta District 8 di Daerah Pusat Perniagaan Sudirman, Jakarta Selatan pada 17 Disember.

Berikutan itu, kementerian sedang menjalankan pengesanan kontak menyeluruh di kawasan itu untuk menghentikan varian itu daripada merebak, kata jurucakap kementerian itu Dr Siti Nadia Tarmidzi.

Bercakap pada sidang media maya, beliau berkata, lelaki itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tanpa gejala kini dikuarantin di hospital.

Menurut Dr Siti Nadia, ujian swab antigennya didapati positif pada 19 Dis3mber, manakala isterinya negatif,  sambil menambah sampel itu kemudian dihantar ke Makmal GSI, dan keputusan yang diperoleh pada 26 Dis menunjukkan positif Omicron.

Dengan perkembangan terbaharu itu, Indonesia merekodkan 47 kes Omicron, 46 kes adalah kes import dan satu jangkitan tempatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button