Berita UtamaDunia

Bennet ‘haramkan’ konsulat Palestin di Baitulmaqdis

PM Israel sekali lagi bantah buka konsulat AS bagi Palestin

TEL AVIV, 24 Jamadilawal 1443H, Rabu – Perdana Menteri negara haram Israel, Naftali Bennett mengulangi bantahan membuka semula konsulat Amerika Syarikat (AS) bagi rakyat Palestin di Baitulmaqdis.

“Kerajaan di bawah pimpinan saya telah berulang kali menjelaskan pendiriannya bahawa tidak ada tempat untuk konsulat Palestin di Baitulmaqdis.

“Baitulmaqdis adalah ibu kota satu negara, negara Israel,” kata Bennett ketika mesyuarat Knesset semalam.

Israel menganggap seluruh Baitulmaqdis sebagai sebahagian daripada ‘ibu kota yang tidak boleh dipisahkan’, manakala Palestin melihat Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota bagi negara masa depan mereka.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat secara haram sejak 1967.

Di bawah pentadbiran bekas Presiden AS, Donald Trump, Washington menutup konsulat Baitulmaqdis dan menempatkan kakitangannya di dalam kedutaan AS ke Israel, yang dipindahkan ke Baitulmaqdis dari Tel Aviv pada 2018.

Pengiktirafannya terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan rakyat Palestin dan melanggar konsensus antarabangsa mengenai perkara itu.

Konsulat itu berkhidmat untuk rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat yang diduduki.

Atas dasar untuk membaiki hubungan dengan rakyat Palestin, Presiden Joe Biden berikrar untuk membuka semula konsulat itu, tanpa tarikh diberikan.

Pun begitu Israel berulang kali menolak perkara ini.

Bulan lepas, Menteri Luar Israel, Yair Lapid mengesyorkan konsulat itu dibuka di Tebing Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button