Berita Utama

Pemimpin politik tunduk dengan puak kapitalis punca jurang kemiskinan rakyat?

Golongan terkaya didominasi kaum Cina menguasai lebih separuh kekayaan negara

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 24 Jamadilawal 1443H, Rabu – Sistem ekonomi kapitalis yang diguna pakai ternyata tidak mampu mengurangkan jurang kemiskinan kerana berteraskan kepentingan taikun perniagaan.

Atas sebab itu, terdapat jurang kekayaan yang sangat besar antara golongan T20 dan B40 di negara ini, walaupun Malaysia menjadi negara membangun dengan pertumbuhan ekonomi sihat melalui purata peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4 hingga 6 peratus setiap tahun.

Bahkan, sebanyak satu peratus golongan terkaya yang didominasi kaum Cina menguasai lebih separuh kekayaan negara termasuk penguasaan pelbagai jenis ekuiti, kata pemerhati politik, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad.

“Adakah kita mahu menjadi seperti Amerika Syarikat, negara termaju dan terkaya tetapi jutaan rakyat berada di lembah kemiskinan sekitar 10 peratus.

“Rata-rata pakar ekonomi berpandangan kadar kemiskinan boleh dikurangkan dengan perkembangan ekonomi negara yang diukur melalui KDNK.

“Namun, apa yang berlaku di negara-negara maju terutama AS memerlukan penilaian dan analisis mendalam,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Meskipun tidak menafikan pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan bagi mengurangkan jurang pendapatan, Muhammad Lukman berkata, tiada sebarang tindakan konkrit bagi mengubah landskap keadilan ekonomi dan menutup jurang kekayaan yang sebenarnya jauh lebih penting daripada jurang pendapatan.

“Kalau dunia ada Yahudi, Malaysia pula ada Cina. Pemimpin politik negara sendiri tunduk kepada golongan kapitalis ini melebihi agenda untuk membantu rakyat termiskin yang semakin dihimpit kesengsaraan hidup.

“Apatah lagi kini negara dilanda banjir besar dalam keadaan pandemik COVID-19 dan penguncupan ekonomi dalam skala mikro masih belum pulih sepenuhnya,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan Malaysia supaya keluar daripada kerangka ekonomi kapitalis dengan membina kekuatan ekonomi serantau dengan Indonesia serta negara-negara Islam lain seperti Turki dan Arab Saudi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button