Berita Utama

RON97 naik 1 sen

RON95, diesel kekal paras RM2.05 dan RM2.15

BANGI, 24 Jamadilawal 1443H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 naik 1 sen seliter kepada RM3.00 seliter bermula tengah malam ini, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Sementara bagi produk petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit itu berkuatkuasa bagi tempoh 30 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Walaupun sebenarnya harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button