Berita UtamaDunia

India laksana perintah berkurung malam sempena Tahun Baharu

13,154 kes baharu, 268 kematian dalam 24 jam terakhir

MUMBAI, 25 Jamadilawal 1443H, Khamis – Pihak berkuasa India mula mengenakan sekatan ketat untuk menghalang perhimpunan besar-besaran di parti dan tempat awam menjelang sambutan Tahun Baharu.

Perintah berkurung malam dikenakan di semua bandar utama dan restoran diarahkan untuk mengehadkan jumlah pelanggan, kata pegawai.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa negeri mendapati sukar untuk mengehadkan kesesakan di pasar, tapak keagamaan dan destinasi percutian kerana mereka dibenarkan untuk terus dibuka,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan Persekutuan, negara itu melaporkan 13,154 kes baharu COVID-19 dan 268 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir, dengan pusat bandar melaporkan lonjakan besar.

Ia adalah jumlah jangkitan harian tertinggi sejak Oktober.

Kes jangkitan varian Omicron meningkat kepada 961 di seluruh India.

Polis di ibu kota kewangan India, Mumbai, melarang perhimpunan awam lima atau lebih penduduk sehingga 7 Januari.

Ia susulan lonjakan mendadak dalam kes dengan 2,510 jangkitan – peningkatan harian tertinggi sejak Mei – kata pihak berkuasa tempatan.

“Kelihatan perhimpunan sosial berjalan secara tidak terhad dengan orang ramai yang melanggar semua norma penjarakan sosial,” kata Menteri Kesihatan Maharashtra, Rajesh Tope.

Katanya, 48 jam berikutnya adalah kritikal bagi pihak berkuasa untuk mencegah peningkatan kes baharu COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button