Berita UtamaDunia

China berang, ambil langkah drastik jika Taiwan bergerak ke arah kemerdekaan

Provokasi, campur tangan luar meningkat beberapa bulan akan datang

BEIJING, 25 Jamadilawal 1443H, Khamis – China memberi amaran kepada Taipei supaya tidak membuat langkah ke arah kemerdekaan.

Sekiranya tetap dilakukan, Beijing akan mengambil ‘langkah drastik’ jika pulau yang ditadbir sendiri itu melintasi garis merah.

“Jika pasukan pemisah di Taiwan mencari kemerdekaan memprovokasi, menggunakan kekerasan atau melintas mana-mana garis merah, kami perlu mengambil langkah drastik,” kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Majlis Negara China, Ma Xiaoguang pada sidang akhbar di Beijing. 

Pegawai China itu berkata, provokasi oleh pasukan pemisah di Taiwan dan campur tangan luar akan meningkat dalam beberapa bulan akan datang.  

“Tahun depan, keadaan Selat Taiwan akan menjadi lebih kompleks dan teruk,” katanya.

Ma berkata, China bersedia mencuba sedaya upaya untuk mencari penyatuan semula secara aman dengan Taipei tetapi akan bertindak jika ia melintas garis merah.

Ketegangan antara China di satu pihak dan Taipei dan Amerika Syarikat di pihak yang lain telah mencapai tahap tertinggi dalam beberapa dekad.

China telah melancarkan jet pejuang berhampiran Taipei manakala AS dilaporkan menempatkan tentera di wilayah itu sejak setahun lalu yang didakwa untuk tujuan latihan.

China terdahulu berkata, latihan ketenteraannya berhampiran Taipei adalah ‘amaran serius’ kepada puak pemisah di pulau yang diperintah sendiri dan penyokong asing mereka, terutamanya Amerika Syarikat.

China mempunyai kedaulatan ke atas China Taipei, dan di bawah dasar ‘Satu China’, hampir semua negara dunia mengiktiraf kedaulatan itu.  

AS juga, mengiktiraf kedaulatan China ke atas pulau itu tetapi telah lama merayu Taipei dalam usaha mengecewakan Beijing.

Beijing juga menentang negara lain yang meneruskan hubungan dengan Taipei, dan secara konsisten memberi amaran terhadap penglibatan asing dalam Taipei. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button