Berita UtamaDunia

Iran kutuk rancangan Tel Aviv gandakan penduduk haram di Bukit Golan

Zionis provokatif, fakta Bukit Golan milik Syria tak berubah

TEHRAN, 25 Jamadilawal 1443H, Khamis – Selain Syria, Iran juga mengutuk keras desakan jahat rejim Israel untuk memasukkan Bukit Golan dalam rancangan pendudukan haram Tel Aviv.

Jurucakap Kementerian Luar, Saeed Khatibzadeh mengecam mesyuarat Kabinet rejim haram yang mengumumkan pelan tindakan pembinaan kira-kira 7,300 unit pendudukan tambahan haram di wilayah strategik itu.

Jurucakap itu menggambarkan pertemuan itu sebagai agresif dan provokatif.

Mengesahkan kedudukan Iran yang menyokong teguh kedaulatan Republik Syria ke atas Golan, Khatibzadeh menyatakan bahawa Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menganggap wilayah itu sebagai sebahagian daripada Syria.

Bukit Golan ialah bahagian Syria yang ‘tidak boleh dipisahkan’, kata jurucakap itu, menegaskan bahawa menggandakan penduduk Yahudi tidak akan dapat mengubah fakta.

“Penceroboh Israel harus tahu mereka tidak akan dapat tinggal di tanah yang diduduki selama-lamanya,” kata Khatibzadeh.

Syria dan rejim Israel secara teknikal berperang kerana pendudukan 1967- di bukit itu.

Rejim pengganas Israel mengekalkan kehadiran tentera yang ketara di wilayah itu, yang digunakan sebagai landasan untuk serangannya di bumi Syria.

Liga Arab dan pelbagai kumpulan Palestin turut mengecam usaha Tel Aviv kerana menjejaskan kedaulatan Syria ke atas Bukit Golan. – Agensi

Pautan berkaitan;

https://ismaweb.net/2021/12/28/syria-kecam-hasrat-israel-gandakan-peneroka-yahudi-di-bukit-golan/

Bennett mahu gandakan penduduk haram Yahudi di Bukit Golan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button