Artikel Khas

Isu penjagaan anak: SUHAKAM jangan dilema antara mahu jaga hak kanak-kanak atau LGBT

PEMBELA minta penjelasan kerajaan status anak angkat Sajat

1. PEMBELA merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang menyatakan kebimbangan mengenai status pengangkatan kanak-kanak yang dipelihara oleh Muhammmad Sajjad.

2. Umum mengetahui bahawa Muhammad Sajjad telah melarikan diri ke luar negara dan persoalan timbul mengenai kanak-kanak yang dipeliharanya itu yang didakwa ditinggalkan begitu sahaja.

3. Sebenarnya kita tidak tahu apakah kanak-kanak tersebut telah diambil secara sah oleh Muhammad Sajjad melalui Akta Pengangkatan 1952 ataupun tidak. Oleh itu, kita meminta kerajaan memberi penjelasan.

4. Sehingga kini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang mempunyai Pesuruhjaya dan Bahagian khas bagi hak kanak-kanak masih membisu yang menimbulkan pelbagai persoalan.

5. Antara persoalan utama ialah, apakah kebisuan SUHAKAM dalam perkara ini adalah kerana Muhammad Sajjad telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang transgnder (𝗟𝗚𝗕𝗧) dan mendapat sokongan kuat badan-badan antarabangsa?

6. PEMBELA menggesa Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal selaku Pesuruhjaya Hak Kanak-Kanak SUHAKAM yang juga ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertindak secara proaktif dalam isu ini juga melibatkan Undang-Undang Keluarga Islam dalam sistem Perundangan Syariah yang diamalkan.

7. Memandangkan Prof Datuk Noor Aziah juga merupakan ahli MAINS, maka kita menggesa juga agar MAINS proaktif terhadap ahli majlisnya yang mempunyai kedudukan strategik dalam SUHAKAM untuk bertindak.

8. Akhir sekali, kita ingin menegaskan bahawa sehingga hari ini, Pengerusi SUHAKAM masih enggan berjumpa kami untuk berdialog mengenai isu-isu Islam yang berkaitan isu-isu hak asasi manusia di negara kita.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
30 Disember 2021

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button