Berita UtamaDunia

Kazakhstan hantar 1.5 tan makanan, ubatan ke Afghanistan

Berjanji bantu Kabul tangani krisis kemanusiaan kritikal

KABUL, 25 Jamadilawal 1443H, Khamis – Sebanyak 1.5 tan pakej bantuan dihantar menerusi misi kemanusiaan Kazakhtan ke Afghanistan.

Kementerian Perdagangan dan Integrasi memaklumkan, pihaknya telah membawa 1.5 tan kargo barangan perubatan selain makanan yang bernilai AS$1.9 juta.

Kesemua barangan berkenaan akan tiba di Afghanistan tidak lama lagi.

Ketika lawatan ke Kabul, Delegasi Kazakhtan yang diketua Menteri Perdagangan dan Integrasi, Bakhyt Sultanov mengulang pendirian kerajaan untuk menyokong selain penyertaan aktif dalam usaha menangani krisis kemanusiaan di Afghanistan.

Menurutnya, sebanyak 20,000 tan tepung keluaran Kazakhtan telah dibeli untuk Program Makanan Sedunia (WFP) PBB.

Malah, dalam pertemuan tersebut, Sultanov memberitahu, kerajaan telah memperuntukkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk 5,000 tan gandum yang ditempah khas oleh Presiden Kassym -Jomart Tokayev.

Sebagai pembekal utama tepung dan bijirin, Kazakhstan berminat untuk mengekal dan meningkatkan skop perdagangan dua hala, dengan meluaskan rangkaian barangan.

Delegasi Kazakhstan itu menyatakan, lebih separuh daripada eksport tepung Kazakhstan dan lebih sepuluh peratus daripada eksport bijirin telah digunakan oleh pasaran Afghanistan buat masa ini.

Sejak Afghanistan ditadbir Taliban Ogos lalu, keadaan di Afghanistan berdepan huru-hara dan krisis makanan serta keselamatan yang kritikal. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button