Berita UtamaDunia

Ribuan penduduk Myanmar cari perlindungan lebih selamat di sempadan

Mereka kelaparan, berjalan kaki masuk ke wilayan Thailand

YANGON, 25 Jamadilawal 1443H, KhamisRibuan penduduk di Myawaddy di negeri Kayin, Myanmar kehilangan tempat tinggal selepas pertempuran antara tentera dan pasukan antijunta sejak dua minggu lepas.

Keadaan tersebut memaksa lebih satu pertiga daripada penduduk kampung mencari perlindungan dengan melintasi sempadan ke negara jiran, Thailand.

Sejak pertengahan Disember, lebih 16,000 penduduk di Lay Kay Kaw dan kampung sekitar Phlu Gyi, Phlulay, Rathegu, Hyeemaee Warkhi, Mae Htaw Thale dan Pahikalaw melarikan diri mencari perlindungan.

Kebanyakan mereka sanggup berjalan kaki melintasi sempadan ke wilayah Tak.

Setiausaha Agung Liga Wanita Burma, Naw Say Say yang membantu pelarian sempadan Thailand -Myanmar memberitahu RFA, kebanyakan mereka yang memasuki Thailand kini berlindung di ladang lembu berhampiran kampung Mae Kot Kin.

“Setakat yang kita tahu, lebih 10,000 kehilangan tempat tinggal daripada 10 buah kampung.

“Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan situasi itu menyebabkan sukar pihak kami mendapat jumlah yang sebenar,” katanya.

Mereka juga dilaporkan kelaparan selain ketiadaan keperluan asas utama seperti pakaian, ubat-ubatan, makanan dan tempat tinggal untuk pelarian.

Pekerja perlindungan memberitahu RFA, pelarian kini berdepan masalah kesihatan apabila ada dalam kalangan mereka dikesan mengalami taun berikutan ketiadaan bekalan air bersih. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button