Berita Utama

Tabung kewangan penting berdepan musibah tak dijangka

Pakar ekonomi syor lebihan pendapatan dilabur ke instrumen sesuai

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 25 Jamadilawal 1443H, Khamis – Banyak perkara perlu dititik beratkan terutama selepas negara dilanda beberapa musibah termasuk pandemik COVID-19 dan bencana banjir.

Antara isu utama yang ‘panas’ dan penting untuk dipandang serius – kesan daripada wabak COVID-19 – berkait dengan literasi kewangan.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dalam apa jua keadaan selepas berlaku musibah, perkara paling penting ialah tabungan.

“Dengan adanya tabungan, kita memerlukan sesuatu disiplin yang tinggi dari sudut bagaimana kita mengurus kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual Dimensi bertajuk 2022: Jangkaan Ekonomi Negara di TV Pertiwi, malam ini.

Meskipun begitu, Afzanizam mengakui bahawa aspek kewangan ini kurang mendapat perhatian.

Sedangkan jelas jika berlaku suatu musibah ia bakal memberi kesan yang lebih negatif kepada mereka yang terkesan, katanya.

“Jadi saya rasa bergerak ke hadapan setidak-tidaknya dengan mengambil kira faktor pemulihan ekonomi, kita perlu belajar daripada kesilapan yang lain.

“Dan diharapkan pemulihan ekonomi pada tahun hadapan berlaku peningkatan dari sudut KDNK dan pendapatan,” katanya sambil mengesyorkan lebihan pendapatan yang ada tidak dibazirkan.

Sebaliknya beliau mencadangkan tabungan tersebut dilaburkan dalam instrumen yang sesuai dengan risiko yang sanggup diambil.

Pautan Dimensi;
https://fb.watch/adw5K6lz7u/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button