Dunia

547 tahanan Palestin ‘dikurung’ seumur hidup di penjara Israel

3 dituduh terbabit kes kematian penjajah Israel di Hebron

RAMALLAH, 26 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Tindakan kejam rejim haram Israel tidak berkesudahan, terbaharu kumpulan hak asasi mendedahkan 547 tahanan Palestin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. 

Persatuan Banduan Palestin (PPS) dalam satu kenyataan berkata, angka itu dicapai selepas Youssef Zuhour dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah tentera Israel di kem Ofer barat Ramallah, pada Rabu.

Keputusan ke atas Zuhour, 24, itu turut termasuk hukuman tambahan iaitu penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak AS$483,000, menurut PPS.

Zuhour yang berasal dari Hebron di selatan Tebing Barat, adalah tahanan ketiga yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada bulan Disember, termasuk dua yang lain iaitu Qassem Asafra dan Nasir Asafra.

PPS berkata, ketiga-tiga mereka telah ditangkap pada Ogos 2019 dan rumah mereka dirobohkan oleh pengganas Israel sebagai sebahagian daripada dasar hukuman kolektif.

Menurut Pejabat Penerangan Tahanan – NGO yang berpangkalan di Gaza – ketiga-tiga mereka disabitkan kesalahan kerana mengambil bahagian dalam operasi pada awal Ogos 2019 yang mengakibatkan kematian seorang penjajah Israel di utara Hebron.

Seatakat ini, kira-kira 4,550 tahanan Palestin di penjara Israel, termasuk 32 wanita, 170 kanak-kanak dan 500 tahanan pentadbiran.

Penahanan pentadbiran membenarkan pihak berkuasa Israel menahan seorang individu dalam penjara selama-lamanya tanpa pendakwaan atau perbicaraan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button